Sunday, December 21, 2008

kembara sufi


"lembah nurani


fitrahnya suci


jangan ditinggal gersang


jangan dibiar hitam


gersang nurani


kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
"noda dihati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar


sesatlah di dalam pelayaran


hanyut tiada pedoman akhirnya karam dalam kegagalan"




bait-bait lagu ini menaikkan lagi semangat cinta ku kepada ilmu Allah.. malam hening 22disember2008, 12:55pm ditenung aku..Kosong hati tenang fikiran diulit malam.. Terfikir sejenak kembaraku mencari ilmu..Pernah aku melawan guru tuisyen ku dengan kata-kata tidak enak. Tapi aku rasa wajar aku sedemikian..Bukan salahku totally..pengalaman ketika aku mengahadiri kelas tuisyen mata pelajaran bahasa melayu penulisan UPSR..kelas ketika itu sangat bising dengan suara pelajar-pelajar membuat task yang diberi..alangkah baiknya aku senyap menyepi di tempatku..khusyuk dengan task tersebut,pemadamku terjatuh ke lantai.. lalu ku berdiri berniat mendapatkannya,dengan nada marah sekuat suara "kamu! datang kehadapan..kenapa kamu bising?siapa ajar kamu bising dalam kelas? kamu sekolah mana? tak tau hormat guru ka?" kata-kata 'paneh' menusuk telingaku.. fuhhh!! darah panas yang mengalir dalam diriku ini semakin panas..aku pantang dimarah tanpa sebab! dengan nada bersabar "sir.. am i did wrong?did u see me make noise just now?" nadanya semakin marah "kamu bising kenapa?ini kelas! bukan rumah kamu! kalau kamu tak mahu belajar sila keluar dari kelas saya" aku semakin panas tetapi aku masih berfikir dia guruku..dengan selambanya tangan mencapai beg dan "ini kelas terakhir saya! saya dah berhenti!" menuju ke pintu dan terus mendapatkan basikalku dan terus blah!! aku puas tetapi hati gundah dengan paper penulisan yang bakal aku duduki..aku berfikir sendirian, itu bukan salahku..tidak perlu takut kepada pendirianku.. aku redha! Alhamdulillah A bagi paper penulisanku... tetapi guru ibarat ibubapa kedua kita..


tanpa mereka kenalkah kita ABC123? to all my teachers since i was in kindergarden thanks a lot wa syukran jaza'.....

hidupnya nazim efendy


Sekian lama aku menunggu untuk memblogkan diriku akhirnya tercapai jua. Masa yang sibuk kini disenangkan.Aku berjaya di samping masa dunia.Nama diberi Muhammad Nazim Efendy ibnu Ariff. Bumi Allah ini telah menerima kehadiran bayi comel pada 3 Februari 1990 di Klinik Aishah Sungai Petani. Enam tahun melihat dunia aku ditadikakan di Tadika Abim Kepala Batas. Masih bergerak-gerak di benakku,ibuku dengan penuh tabah mengayuh basikal tua me'ngeri' aku dan adik ke tadika.Penat lelahnya disimpan tatkala ingin melihat anak-anaknya berjaya.U are supercalifragalisticaspeadoelocious mom!! Umur aku meniti 7 tahun selepas graduate sebagai 'tadikian', aku disekolahkan lagi di SK Hashim Awang selama 6 tahun. Ibu tetap ibu,bapa tetap bapa..aku dibekalkan nasik goreng,botol air sebelum ke sekolah oleh ibuku dan dihantar ke sekolah oleh bapaku..aku kini dewasa melangkau umur ke 13 tahun..Disekolahkan lagi di SMKA Al-Mashoor(L) Penang selama 5 tahun,aku kini kenal dunia itu indah..akhirat itu abadi.. Disimpan kata-kata itu di hujung hati, aku berani melangkah selangkah lagi ke alam kolej..aku kini di Allianze College of Medical Sciences tahun pertama pharmacy..Kehidupan yang 'cool n steady' membuatkan diriku sedikit lari dari diriku sebenar..Tetapi tatangan cinta kasih sayang Md Ariff Yusoff dan Mazenah Maidin sungguh kuat untuk dipatahkan. Aku kini dapat berjalan dewasa mencari cinta Allah di bumi sementara.. Setiap kali bertemu Yang Maha Esa hatiku,mulutku,tanganku,kakiku mengucapkan kata syukrallah..