Showing posts with label cherita kedai kopi. Show all posts
Showing posts with label cherita kedai kopi. Show all posts

Friday, November 13, 2009

aku seorang pembunuh

setelah sekian lama aku hidup di dunia ini..
akhirnya aku digelar sebagai PEMBUNUH!
im so sorry.. :(
aku tak sengaja untuk menjadi pembunuh..
semuanya sudah tercatat padaNya..
walaubagaimanapun...
aku redha Ya Allah..
aku tiada niat untuk membunuh engkau..
semuanya telah bermula dari engkau..
aku sedih mengenangkannya..
pada suatu siang..
sedang asyik aku mengonline...
tiba tiba tanpa sebab..
engkau datang merayau rayau di hadapanku..
tetapi malang bagiku kerana tiada keraguan dan terus membiarkan engkau merayau rayau tanpa arah..
sedang asyik aku leka..
aku sedar semakin lama semakin dekat engkau kepadaku..
malah fikiranku tiada negative kepada engkau..
terusku melayan onlineku..
sekali lagi tiba tiba..
engkau lebih rapat dari biasa..
rapat dan terus rapat..
sambil mengeluarkan pisau..
tajam,tough,menakutkan..
lantas menikam aku tanpa sebab..
Ya Allah.......









ahhh sakit sekali...
tetapi aku terus bertahan menahan kesakitan..
untuk terus di duniaMu..
semakin lama semakin ganas tikamannya..
aku terus bertahan dan terus bertahan...



tikaman demi tikaman bertalu talu..
semakin dalam luka tikaman itu..
sakit teramat sangat memang sukar digambarkan..
tetapi aku hanya mampu bertahan..
seketika tadi engkau hanya kecil sekecilnya..
tetapi selepas menikamku engkau kelihatan lebih besar..
mungkin engkau sudah dapat power..
semakin lama tikaman semakin besar tubuh engkau..



semakin membesar engkau semakin perit aku..
kurasa tidak sanggup lagi menahan kesakitan ini..
aku perlu bertindak mendapat hak asasi..
lantas dengan jiwa yg sakit hati yg robek..
aku tekad untuk.................

GEDEBABOMMBBB!!!


saat inilah diriku diselubungi serba salah..
darah banyak sekali mengalir dari tubuh engkau..
tidak henti henti..
membuatkan diriku sebak melihat engkau dengan keadaan sebegini...




tapi adakah benar aku bertindak sedemikian demi nyawa aku?
patutkah aku sedemikian demi kesakitan yg perlu ditanggung?
aku sebak dan terus menyalahkan diriku sendiri..
saat inilah aku digelar sebagai PEMBUNUH!
tapi aku puas selepas apa yg engkau lakukan padaku..
kini aku redha dengan pemergianmu...



selamat tinggal nyamuk!
bersemadilah engkau seaman aman nya..
laid to rest ~ :(

Friday, July 31, 2009

mari berTOPENG!

disini TOPENG..
disana TOPENG..
disitu TOPENG..
dikanan TOPENG..
dikiri TOPENG..
didepan TOPENG..
dibelakang TOPENG..
dipenjuru kanan TOPENG..
dipenjuru kiri TOPENG..
dipenjuru belakang kanan TOPENG..
dipenjuru belakang kiri TOPENG..




TOPENG...TOPENG...TOPENG...



begitulah hebatnya kuasa Allah..
diturunkanNya hanya secikai virus yang bernama scientific H1N1 atau bernama kampung selesema BABI!
semua makhluknya dirudung ketakutan..
dihantarnya diseluruh dunia..
termasuklah di kolej (ACMS) aku...

semua student tak kira bangsa,
tak kira agama,
mengambil langkah berjaga-jaga memakai TOPENG!
selepas pemeriksaan doktor, didapati 5 orang student positif H1N1..

selepas mengetahui berita yang agak sahih itu...
keadaan kolej menjadi agak kelam kabut..
berlari kesana dan berlari kemari..
mendapatkan TOPENG di office..



keadaan diseluruh pelusuk kolej ibarat aku berada di planet pluto..
(semua orang memakai TOPENG)
aku juga tidak melepaskan peluang memakai TOPENG!
(sebab ada org ckp TOPENG baru sampai warna hijau..mesti lawa)



pada pukul jam menghampiri 5 petang..
(asyik Dato' Jam Jam sedang mengajarku dengan penuh tenaga sambil memakai TOPENG)

tiba-tiba....

pintu kelas diketuk dan dibuka oleh seorang staff management...
lalu terpacul keluar dari mulutnya....

"sila kosongkan bangunan kolej dengan segera..dan kepada semua student jgn lupa memakai TOPENG.."

(Dato' Jam Jam yg seketika td TOPENGnya dipakai didagu terus menarik menutup hidung dan mulutnya)

dengan selambanya staff management td menampal notis yg berbunyi "NOTIS PENUTUPAN KOLEJ BERKUTKUASA 29-4 OGOS 09 BERIKUTAN PENULARAN VIRUS H1N1"



kelas secara tiba-tiba bising dengan suara students...


"yahoo cuti! , wuweeee best! , boleh balik! , takot aaa , tiket balik kampung x beli lagi , Dato' tunggu ape lagik?x reti nk kuar kelas ke? , "

itulah kata-kata yg sempat aku dengar..

aku pun bersama kawan-kawanku terus melangkah keluar dengan penuh berhati-hati tanpa dijangkiti virus yg jahat itu..
TOPENG tetap dimuka..
ketika melintasi toilet lelaki berhadapan dengan S3..
aku terlihat mak cik cleaner mundar mandir sambil memegang baldi di tangan kanannya..
di mukanya juga terlihat TOPENG..

aku pun seraya berkata...

"aii makcik, pakai TOPENG gak eh?sebelum ni x penah tgk makcik pakai TOPENG pon"

lantas makcik itu membalas..

"yolah...makcik pon x maw kena virus BABI tuh..makcik takot"

mendengar jawapan itu kawan-kawanku tergelak kecil..

selepas agak jauh berjalan sehingga S1..
melihat makcik tersebut pon sudah masuk dalam toilet..
line sudah clear~
maka, salah seorang kawanku berkata..

"makcik td time virus H1N1 baru nak pakai TOPENG! yang dia cuci jamban lebih 10 kali sehari x pakai TOPENG apa cerita? ntah virus apala yg dia sedut hari hari.."

mendengar kata-kata itu...
kami ketawa besar!

huahahahahahahahahahahha...
(sambil turun tangga.....)

secara tiba-tiba ketawa besar tadi makin lama makin kecil...
melihat makcik cleaner lagi seorang mundar mandir manaiki tangga sambil memegang mop!
mukanya agak garang sambil matanya merenung tajam kearah kami..
kami tahu makcik cleaner ini ialah kawan baik kepada makcik cleaner yg memakai TOPENG td..
dalam fikiran kami.....

"mampoih la...satgi dia p habaq kat makcik td kami dok kutuk dia"
"abeh laaa...satgi dia baling mop kat kami"

dengan muka innocent sambil buat-buat sembang soal lain, kami turun tangga dengan selamatnya..
sampai di bawah kami berpaling muka melihat makcik tersebut di atas..
alangkah terkejutnya...
makcik tersebut masih memerhati kami...

ayoooo..apa lagi...teruih blahh!!

ketika di luar bangunan kolej aku dapati semua warga ACMS sedang mengosongkan kolej..
keadaan ketika petang 6.30 agak lengang...
aku mendapatkan kereta dan terus meluncur laju meninggalkan kolej..

(ketika didalam kereta aku dan sabahan tetap memakai TOPENG)





*kepada makcik-makcik cleaner yg disayangi kami menyusun sepuluh jari memohon maaf..
(jangan plak lepas ni nampak kami makcik2 baling mop kt kami nuhh..)
*kepada kawan-kawanku janganlah suka mengutuk orang..(ingat hampa baguih sgt ka?)
*kepada pengeluar-pengeluar TOPENG teruskan membuat TOPENG kerana pada saat-saat inilah anda akan mengaut keuntungan yg besar...
























aku dan sabahan sangat prihatin tentang masalah global..cayalah!










Dato' JamJam sungguh tekun membeberi lecture sambil memakai TOPENG!

untuk mendapatkan berita terkini tentang virus H1N1 sila klik di sini http://www.bharian.com.my/ataupun sini http://www.hmetro.com.my/ ataupun sini http://www.utusan.com.my/ ataupun di sini http://www.nstp.com.my/ dan ataupun di sini http://thestar.com.my/ (save la duet sket x payah nk beli newspaper dah! nak lebih save?? dptkan THE SUN di 7eleven berdekatan! FREE!)

Friday, March 6, 2009

kembara sufi




"lembah nurani
fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda dihati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar"

bait-bait lagu ini menaikkan lagi semangat cinta ku kepada ilmu Allah.. malam hening 22disember2008, 12:55pm ditenung aku..Kosong hati tenang fikiran diulit malam.. Terfikir sejenak kembaraku mencari ilmu..Pernah aku melawan guru tuisyen ku dengan kata-kata tidak enak. Tapi aku rasa wajar aku sedemikian..Bukan salahku totally..pengalaman ketika aku mengahadiri kelas tuisyen mata pelajaran bahasa melayu penulisan UPSR..kelas ketika itu sangat bising dengan suara pelajar-pelajar membuat task yang diberi..alangkah baiknya aku senyap menyepi di tempatku..khusyuk dengan task tersebut,pemadamku terjatuh ke lantai.. lalu ku berdiri berniat mendapatkannya,dengan nada marah sekuat suara "kamu! datang kehadapan..kenapa kamu bising?siapa ajar kamu bising dalam kelas? kamu sekolah mana? tak tau hormat guru ka?" kata-kata 'paneh' menusuk telingaku.. fuhhh!! darah panas yang mengalir dalam diriku ini semakin panas..aku pantang dimarah tanpa sebab! dengan nada bersabar "sir.. am i did wrong?did u see me make noise just now?" nadanya semakin marah "kamu bising kenapa?ini kelas! bukan rumah kamu! kalau kamu tak mahu belajar sila keluar dari kelas saya" aku semakin panas tetapi aku masih berfikir dia guruku..dengan selambanya tangan mencapai beg dan "ini kelas terakhir saya! saya dah berhenti!" menuju ke pintu dan terus mendapatkan basikalku dan terus blah!! aku puas tetapi hati gundah dengan paper penulisan yang bakal aku duduki..aku berfikir sendirian, itu bukan salahku..tidak perlu takut kepada pendirianku.. aku redha! Alhamdulillah A bagi paper penulisanku... tetapi guru ibarat ibubapa kedua kita..
tanpa mereka kenalkah kita ABC123? to all my teachers since i was in kindergarden thanks a lot wa syukran jaza'.....