Sunday, December 21, 2008

hidupnya nazim efendy


Sekian lama aku menunggu untuk memblogkan diriku akhirnya tercapai jua. Masa yang sibuk kini disenangkan.Aku berjaya di samping masa dunia.Nama diberi Muhammad Nazim Efendy ibnu Ariff. Bumi Allah ini telah menerima kehadiran bayi comel pada 3 Februari 1990 di Klinik Aishah Sungai Petani. Enam tahun melihat dunia aku ditadikakan di Tadika Abim Kepala Batas. Masih bergerak-gerak di benakku,ibuku dengan penuh tabah mengayuh basikal tua me'ngeri' aku dan adik ke tadika.Penat lelahnya disimpan tatkala ingin melihat anak-anaknya berjaya.U are supercalifragalisticaspeadoelocious mom!! Umur aku meniti 7 tahun selepas graduate sebagai 'tadikian', aku disekolahkan lagi di SK Hashim Awang selama 6 tahun. Ibu tetap ibu,bapa tetap bapa..aku dibekalkan nasik goreng,botol air sebelum ke sekolah oleh ibuku dan dihantar ke sekolah oleh bapaku..aku kini dewasa melangkau umur ke 13 tahun..Disekolahkan lagi di SMKA Al-Mashoor(L) Penang selama 5 tahun,aku kini kenal dunia itu indah..akhirat itu abadi.. Disimpan kata-kata itu di hujung hati, aku berani melangkah selangkah lagi ke alam kolej..aku kini di Allianze College of Medical Sciences tahun pertama pharmacy..Kehidupan yang 'cool n steady' membuatkan diriku sedikit lari dari diriku sebenar..Tetapi tatangan cinta kasih sayang Md Ariff Yusoff dan Mazenah Maidin sungguh kuat untuk dipatahkan. Aku kini dapat berjalan dewasa mencari cinta Allah di bumi sementara.. Setiap kali bertemu Yang Maha Esa hatiku,mulutku,tanganku,kakiku mengucapkan kata syukrallah..

4 comments: