Friday, February 4, 2011

Aku 21 tahun




Menangis, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan. Saatnya jatuh, aku menangis tidak keruan. Saatnya lapar, aku mengadu sekuatnya. Saatnya dimarah, aku bertindak tidak berfikiran. Sudah 21 tahun berlalu semuanya. Ibarat berlayar di rantau asing yang datangnya tidak mengerti sesuatu apa pun. Kini aku mampu berfikir dengan akal siapa aku sebenarnya yang dijadikan dari titisan air mani dan keluar dari rahim seorang
wanita. Aku bersyukur kerana dari saat jadinya aku di bumi ini, aku masih ditiup roh Islam sehingga aku genap 21 tahun. Aku senantiasa memikirkan tentang apa itu hidup? Kenapakah kehidupan aku selama 21 tahun tidak pernah diamabilNya dari aku? Adakah kehidupan aku ini sekadar untuk bergelar manusia dunia? Aku kini sudah menjangkau usia 21 tahun pada 3 Februari tahun masehi. Aku masih bergelar seorang lelaki milik Allah. 21 tahun aku dibumi Allah, cukupkah apa yg aku berikan kepadaNya seperti dia berikan aku selama ini? Aku perlu menangis memikirkan ini. Kerana aku tahu hanya secebis yang aku berikan kepadaNya. Kini tinggal masa merubah segalanya. Tinggal jati merubah dirinya. Tinggal akal merubah hatinya. Aku hanya mampu bertaut ditaliNya. Aku perlu berjanji berpaut padaNya. Kehidupan dunia sedikit sebanyak memberikan aku noktah kehidupan. Supaya aku tidak terus dibuai dunia yang fana ini. Hanya padaMu aku berlindung. Terima kasih Allah kerana menghidupkan aku selama 21 tahun di dalam IslamMu. 21 tahun itu cukup banyak untuk aku karyakan disini. Sambil telinga diusik alunan LĂ©von Minassian mata meniti untuk tertutup. 4:55am 5 Februari 2011. Ilalliqa'



Aku ketika berumur 3 tahun.


Bermain bersama adik seorang.

8 comments:

  1. da besaq renjong da hg lani kn..hehe..sana helwa lg skli versi blog pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. haha besaq renjong dah la..hg pon sama renjong! trima kasih2.. haha

    ReplyDelete
  3. wahhhh baru 21 ke??

    sweet 21 ok !

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah 21... ^^
    btw nice blog...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. masih diberi nafas dariNya.

    ReplyDelete
  6. hi nazem. nak pggl apa nih? hehe. thanks sebab follow my blog. baca slalu tau ;) and needless to say, leave comments. and sy suka gamba awak. teheehee ;)

    ReplyDelete
  7. salam

    kamu
    orang yg pertama me tahu.
    mendengar lagu dari " LEVON MINASSIAN ".
    :-)

    ReplyDelete