Saturday, March 7, 2009

layangan subuhku


subuhku sepi dengan penuh 1001 rahmat..

terbit difikiranku Allah masih menyayangiku..

masih diberikan nafas hela menghirup hakNya..
Alhamdulillah..

subuhku agak terlewat daripada biasa..

tatkala ibubapaku tiada di rumah..

mungkin dan itulah sebabnya!

walaupun ketiadaan cuma sehari ke KL

dirasanya penuh ujian..

melihat kerajinan kakak iparku yg mesra digelar kak maria

sibuk didapur menggantikan tempat ibuku..

memasak pelbagai juadah..

kerajinannya digelar iron woman!

walaupun sibuk melayan anak seorang,humaira..

cekal dan tabahnya tetap dihadapan..
thanks kak maria..

your coming is always be appreciated..

hatiku sekali berbisik syukur kepadaNya..

fikiranku terus melayang menatap subuh kian matang..
ditenung keluarga besarku yang amat bahagia..

sesekali rindu kepada tangisan Uwais Qarny..

dilahirkan pada 24 Januari 2009..

bayi lelaki comel ini ialah pewaris terbaru dinasti
wan ariff & tok nah..

meriah riangnya keluargaku bertambah..

dengan telatah comel humaira tak pernah hilang..

terukir di wajah wan dan tok senyuman gembira..

cucu pertama mereka itu bagaikan permata keriangan..

seronok gembira hatiku melihat riangnya mereka di hari tua..
semoga berkekalan jauhnya..

kini ku berasa keluargaku adalah terbaik segalanya..
keluargaku-
berpecahnya kita tidak..
terlerainya kita jangan..
kasih sayang berkongsi..
bersatunya kita tetap..

2 comments:

  1. nice wOrk !
    ska ur writing...
    simple but so meaningfull..
    keep up ur good wOrk..
    i Love to read it

    ReplyDelete