Monday, May 25, 2009

mak..aku adalah engkau

Mak ingatkah janjiku dulu
Saat sandikala perlahan datang menumpu hari
Saat potongan ayam kita bubuhkan untuk lauk dagangan
Mak mungkin sudah lupa...





"mak,nanti bila nazem besar nazem nak kerja besar..nazem nk tunjuk kat mak..nazem nak berjaya..nazem janji mak.."

harapan kata-kata dariku yg enak tersenyum buat mak mendengarnya..

mak terus tersenyum tanpa membisikkan kata dimulutnya..

mungkin disangkakan mak gurauan dan mugkin harapannya turut sama..

aku terus melayangkan senyuman mak itu..

dilihat mak begitu gigih bersama kami..

7 bukan angka yg sedikit bagi sebuah keluarga..

tetapi bagi mak 7 angka yang mudah..

kami bertujuh amat bersyukur dilahirkan dari rahim mak..

tiada yang sesempurna bagi kami selain mak..

dibesarkan kami dengan penuh kasih sayang..
dimanjakan kami dengan penuh cintamu..


mak..kesabaranmu tiada tandingan..
penat jerihmu hanya kamu seorang..
tidak ditunjuk mahupun merungut membesarkan kami..
dilayan bersama tiada beza..

air matamu tidak pernah tumpah ketika besarkan kami..

tiada air mata kekesalan selain kegembiraan..

tidak kami tahu adakah air mata sebenar disimpannya..

mak..terima kasih tanpa kata buatmu..
kerana membesarkan kami dengan zahir batin yg sempurna..
engkau akan dijaga kami setiap saat..
dijadikan dirimu dalam diriku..

mak engkau adalah segalanya buat kami..
tiada engkau tiadalah kami..
mak engkau adalah jantung kami..
tiada engkau tiadalah kami..
mak engkau adalah diri kami..
tiada engkau tiadalah kami..





sempena hari ibu yang dijadikan sempena mengenang jasamu..
setiap hari bagiku adalah hari untukmu..

sedikit bingkisan ketika menyambut harimu...
mak...aku adalah engkau..