Showing posts with label cintaku. Show all posts
Showing posts with label cintaku. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Aku 21 tahun




Menangis, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan. Saatnya jatuh, aku menangis tidak keruan. Saatnya lapar, aku mengadu sekuatnya. Saatnya dimarah, aku bertindak tidak berfikiran. Sudah 21 tahun berlalu semuanya. Ibarat berlayar di rantau asing yang datangnya tidak mengerti sesuatu apa pun. Kini aku mampu berfikir dengan akal siapa aku sebenarnya yang dijadikan dari titisan air mani dan keluar dari rahim seorang
wanita. Aku bersyukur kerana dari saat jadinya aku di bumi ini, aku masih ditiup roh Islam sehingga aku genap 21 tahun. Aku senantiasa memikirkan tentang apa itu hidup? Kenapakah kehidupan aku selama 21 tahun tidak pernah diamabilNya dari aku? Adakah kehidupan aku ini sekadar untuk bergelar manusia dunia? Aku kini sudah menjangkau usia 21 tahun pada 3 Februari tahun masehi. Aku masih bergelar seorang lelaki milik Allah. 21 tahun aku dibumi Allah, cukupkah apa yg aku berikan kepadaNya seperti dia berikan aku selama ini? Aku perlu menangis memikirkan ini. Kerana aku tahu hanya secebis yang aku berikan kepadaNya. Kini tinggal masa merubah segalanya. Tinggal jati merubah dirinya. Tinggal akal merubah hatinya. Aku hanya mampu bertaut ditaliNya. Aku perlu berjanji berpaut padaNya. Kehidupan dunia sedikit sebanyak memberikan aku noktah kehidupan. Supaya aku tidak terus dibuai dunia yang fana ini. Hanya padaMu aku berlindung. Terima kasih Allah kerana menghidupkan aku selama 21 tahun di dalam IslamMu. 21 tahun itu cukup banyak untuk aku karyakan disini. Sambil telinga diusik alunan Lévon Minassian mata meniti untuk tertutup. 4:55am 5 Februari 2011. Ilalliqa'



Aku ketika berumur 3 tahun.


Bermain bersama adik seorang.

Wednesday, December 1, 2010

anak buah berbuah buah



Sekian lalu ku pandang nazempendy Quote Soul Creature.Blogspot ini bagai tiada orang yang memilikinya. Sekian lama aku menanti untuk berbicara akhirnya dapat diluangkan sedikit menatap laptop dan meniti keypad ini. Shukran Allah Walhamdulillah ada lagi masa yang diberi Nya demi aku yang entah apa dimataNya. Tetap dan terus disayangiNya. Kehidupan aku sekarang agak sibuk berbanding dahulu. Kini aku di tahun akhir. Penuh dengan kesibukan dan kepenatan. Apakan daya, ini jua untuk masa depanku. Bukan itu yg aku mahu sebenarnya di sini. Bercerita tentang keluargaku yang kian lama kian membesar. Kian lama kian luas. Kian lama kian mendalam. Kian lama kian bersatu. Tertarik dengan celoteh anak buahku yg kedua, Muhammad Uwais Qarny. Sungguh comel di mata. Riang di hati. Gembira bersama sama. Berusia sekitar 2 tahun dia adalah cucu sulung lelaki. Kenakalan memang tiada bandingan. Itu sahaja yang ingin diceritakan. Masa kian larut dilayan. 8 pagi esok Chemistry class menunggu aku. Berundur buat seketika. Semoga detik,saat,jam,hari,minggu,bulan,tahunku kembali tenang supaya dapat bersama Blogspot ini selalu..
Ilalliqa'






Friday, August 13, 2010

Allah creats for the best

Allah is my god. He is my Lord. He is such a great. Greatest among others. He is the best. Why do we still feel that we are not the best but infact we knew that He could creats us the best because He is the best. The Greatest Best definitely creats the best, however we are, we are the best.
Here are the least of the best creation by Allah




























Saturday, February 20, 2010

Thai Land

Thai Land..
my last week was just like happening..
we went for a vacation..
we ran out from everything and come onto together..
those moments i framed it together.. :)
the elephant on the road

the horse



they are waiting for morning



the parachute



the Thailand's sunset




up up away



small up there



the scene



standing over




shine the house



the good riders



the town of Danok



Yoslei Bijoux

Thursday, December 31, 2009

Oh my love

I just bought my love..
here it is D3000..
too much excited..
there're lot to go with..
here some shots in one fine moment :)
it's stunned my feeling actually..
today's upon the rise of sun


the morning brush make the day



the witch tree in the river



lonely craft in husky blue




water splash by river side




snail running on tree





morning birds flying in sunrise




flying away never be end





tallest you are than others


Friday, December 18, 2009

desaku cukup indah



memang seharianku terlalu sibuk..
bangun seawal pagi..
8.30 am bergerak pantas ke kelas..
belajar mengikut rentak lecturer..
seharian kadangkala terlalu ketat..
tiada waktu sejenak menggoyang kaki..
9 subjek semester 3 sangat membunuh..
terpaksa ku tempu jasadku..
5.30 pm bergerak pantas ke rumah..
membawa setingkat assignment..
menggalas dua tingkat kepenatan..
terus mencari bantal tilam untuk memejam..
berehat seketika tak mampu berehat sepenuhnya..
tibanya waktu peperiksaan..
2 minggu merungkai 6 bulan..
bersungguh bersama otak..
memimpin bersama menempuh harinya..
keperitan jiwa kepalaku selesai selepas semuanya..
kini aku bebas dan bersama sama cuti..
membalas dendam atas kepenatanku..
aku menuju desa menenang fikiran..
sawah padi terbentang indah..




terus melayang otak badanku bersama..
subuhku sunyi membelai padi angin pagi..
terbitnya matahari di ufuk timur..
terlihat hujung pandangan kapal terbang megah mendarat..
dingin nyaman bersulam tenang..
penuh syukur terhadapMu tanpa kira..
aku menatap ciptaanMu indah tanpa kata..




hari siangnya pula bak berada di lautan bentang tiada hujung
angin kuat aman damai menyisip aku..
panahan matahari matang terik di atas sana..
oh indahnya wahai desaku..
gambaran kata tak merungkai segalanya..
gambaran jiwa dan hati mengiyakannya..




aku mengambil kesempatan sejenak..

menghirup indah milikMu..

ketenangan, keindahan, kepujian..

jelas menyangkup aku..

berfikir akanNya..

memuji akanNya..

bertasbih akanNya..

jiwa dalamku tenang menyiksa..

jiwa luarku aman menghimpit..

aku merenung terus indahMu..


petangku tiba..
terlihat pesawah pesawah pulang..
penat membanting berakhir jua..
kegigihan mereka jelas terpapar..
menanti padi berubah keemasan..
tekun dan gagah tetap bersama..
kayuhan basikal menuju keluarga..





sesekali terlihat kanak kanak bermain..
berbasikal enak di tepian sawah..
jelas kegembiraan di wajah mereka..







senjaku melihat lagi indahnya desaku..
hening senja terpancar biru kuningan di langit..
suasana terus dihiasi..
kegagahan seorang nenek mengail rezeki..
umurnya sesekali menidakkannya..
tetapi inilah hakikat bumiMu..







wajahnya jelas terpancar senyuman tua..
tatkala kailnya terkena rezeki..
aku terus mengucap syukur..
Ya Ilahi..
Engkau seadil pemberi rezeki..





suasana indah desaku terus terukir..
tanpa aku disini ia tetap sama..
cukup sekadar 3 hari di sana buatku aman..
bertemankan atok Mak Wan kesayangan..
sesaat disana tiada langsung kekesalan..
keramahan atok buatku tersenyum..
kegigihan atok tiada yang lain..
she is so stalwart!




aman, damai, indah, cantik..
tiada kata dapat digambarkan..
desaku cukup memahat jiwa isi ku..
Lorong Salam, Alor Setar, Kedah..

Saturday, December 5, 2009

tadahan doa kasih cinta

aku...selalu berkata sekadar kata..

aku...selalu berkawan sekadar kawan..

aku...selalu berkasih sekadar kasih..

aku...selalu bercinta sekadar cinta..


diriku kesal dihimpit sesal..

menanti secebis cinta dariMu..


pernahkah ku terfikir akanNya setiap kali kata kata?

pernahkah ku terkenang akanNya setiap kali berkawan?

pernahkah ku terbayang akanNya setiap kali berkasih?

pernahkah ku termimpi akanNya setiap kali bercinta?



aku disini sekadar meminjam..

aku disini sekadar sementara..


hanya sekecil hatiku bergaris padaMu..

padahal semua semua ini adalah Engkau Ya Rabbi..


aku bertemuMu hanya selima sehari..

Engkau bersamaku selamanya..

aku disini berbicara kosong tanpaMu..

aku disni bergerak auta tiadaMu..



terbalaskah cintaku padaMu..

YaAllah...

pimpinlah aku ke mana mana Engkau pergi..

didiklah aku kasihMu Ya Rabbi..

tanamkanlah aku tandingan cintaMu Ya Ilahi..

zahirnya aku kepadaMu..

tiada sepenuh batinnya aku terhadapMu..


sifatkanlah aku mahmudah sekali..

tiadalah bagi aku mazmumah selama..

jauhilah aku noda kosa musuh..

agar berkekalan jiwa paksa bersamaMu..


Ya Allah ampunilah aku..

Ya Allah maafilah aku..

Ya Allah kasihanilah aku..





Sunday, August 16, 2009

Hubbu Ba'dhuna

Ya Allah
Akhbarkanni biannaka rabbi
Anta ilahi inni fakhur
YaAllah
Anta rabbi anta ilahi
A'buduka
Fikulliwakhtil wama malaltu
Falatudkhil fi qalbi khaflatan an i'badatik
YaAllah
Innirodhin biannaka rabbi
Falatasri hazal ridho fi ghairik
Arjuminka anta kuna rodhian an nafsi
Ardhobika rabbi watardho a'nni
Hatta nal taqi
Ya Allah
Ajirni Ya ilahi
Ini'badati laufuztubika
Falatazarni Ya rabbi
Altafitu ila siwaka
Rabbi qadqasatu fi mahabbatik
Lido' fi waajzinafsi
Walaisajaqaan minni waalaihi
Ya Rabbi fala tahjurni
Inni ajtahidu fihubbika Ya Rabbi
Ghairi annani yamhafuz bi
Fayarabbi awzi'ni anuhibbaka
Firahmatika wasia'
Annehni Ya Rabbi
Inkawuddan azza anuhibbak
Watuhibbuni
Falyabqalanahazal hubdaiman waabadan
Ya Rabbi

Monday, May 25, 2009

mak..aku adalah engkau

Mak ingatkah janjiku dulu
Saat sandikala perlahan datang menumpu hari
Saat potongan ayam kita bubuhkan untuk lauk dagangan
Mak mungkin sudah lupa...





"mak,nanti bila nazem besar nazem nak kerja besar..nazem nk tunjuk kat mak..nazem nak berjaya..nazem janji mak.."

harapan kata-kata dariku yg enak tersenyum buat mak mendengarnya..

mak terus tersenyum tanpa membisikkan kata dimulutnya..

mungkin disangkakan mak gurauan dan mugkin harapannya turut sama..

aku terus melayangkan senyuman mak itu..

dilihat mak begitu gigih bersama kami..

7 bukan angka yg sedikit bagi sebuah keluarga..

tetapi bagi mak 7 angka yang mudah..

kami bertujuh amat bersyukur dilahirkan dari rahim mak..

tiada yang sesempurna bagi kami selain mak..

dibesarkan kami dengan penuh kasih sayang..
dimanjakan kami dengan penuh cintamu..


mak..kesabaranmu tiada tandingan..
penat jerihmu hanya kamu seorang..
tidak ditunjuk mahupun merungut membesarkan kami..
dilayan bersama tiada beza..

air matamu tidak pernah tumpah ketika besarkan kami..

tiada air mata kekesalan selain kegembiraan..

tidak kami tahu adakah air mata sebenar disimpannya..

mak..terima kasih tanpa kata buatmu..
kerana membesarkan kami dengan zahir batin yg sempurna..
engkau akan dijaga kami setiap saat..
dijadikan dirimu dalam diriku..

mak engkau adalah segalanya buat kami..
tiada engkau tiadalah kami..
mak engkau adalah jantung kami..
tiada engkau tiadalah kami..
mak engkau adalah diri kami..
tiada engkau tiadalah kami..





sempena hari ibu yang dijadikan sempena mengenang jasamu..
setiap hari bagiku adalah hari untukmu..

sedikit bingkisan ketika menyambut harimu...
mak...aku adalah engkau..










Saturday, March 7, 2009

layangan subuhku


subuhku sepi dengan penuh 1001 rahmat..

terbit difikiranku Allah masih menyayangiku..

masih diberikan nafas hela menghirup hakNya..
Alhamdulillah..

subuhku agak terlewat daripada biasa..

tatkala ibubapaku tiada di rumah..

mungkin dan itulah sebabnya!

walaupun ketiadaan cuma sehari ke KL

dirasanya penuh ujian..

melihat kerajinan kakak iparku yg mesra digelar kak maria

sibuk didapur menggantikan tempat ibuku..

memasak pelbagai juadah..

kerajinannya digelar iron woman!

walaupun sibuk melayan anak seorang,humaira..

cekal dan tabahnya tetap dihadapan..
thanks kak maria..

your coming is always be appreciated..

hatiku sekali berbisik syukur kepadaNya..

fikiranku terus melayang menatap subuh kian matang..
ditenung keluarga besarku yang amat bahagia..

sesekali rindu kepada tangisan Uwais Qarny..

dilahirkan pada 24 Januari 2009..

bayi lelaki comel ini ialah pewaris terbaru dinasti
wan ariff & tok nah..

meriah riangnya keluargaku bertambah..

dengan telatah comel humaira tak pernah hilang..

terukir di wajah wan dan tok senyuman gembira..

cucu pertama mereka itu bagaikan permata keriangan..

seronok gembira hatiku melihat riangnya mereka di hari tua..
semoga berkekalan jauhnya..

kini ku berasa keluargaku adalah terbaik segalanya..
keluargaku-
berpecahnya kita tidak..
terlerainya kita jangan..
kasih sayang berkongsi..
bersatunya kita tetap..