Showing posts with label kami tetap kita. Show all posts
Showing posts with label kami tetap kita. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

anak buah berbuah buah



Sekian lalu ku pandang nazempendy Quote Soul Creature.Blogspot ini bagai tiada orang yang memilikinya. Sekian lama aku menanti untuk berbicara akhirnya dapat diluangkan sedikit menatap laptop dan meniti keypad ini. Shukran Allah Walhamdulillah ada lagi masa yang diberi Nya demi aku yang entah apa dimataNya. Tetap dan terus disayangiNya. Kehidupan aku sekarang agak sibuk berbanding dahulu. Kini aku di tahun akhir. Penuh dengan kesibukan dan kepenatan. Apakan daya, ini jua untuk masa depanku. Bukan itu yg aku mahu sebenarnya di sini. Bercerita tentang keluargaku yang kian lama kian membesar. Kian lama kian luas. Kian lama kian mendalam. Kian lama kian bersatu. Tertarik dengan celoteh anak buahku yg kedua, Muhammad Uwais Qarny. Sungguh comel di mata. Riang di hati. Gembira bersama sama. Berusia sekitar 2 tahun dia adalah cucu sulung lelaki. Kenakalan memang tiada bandingan. Itu sahaja yang ingin diceritakan. Masa kian larut dilayan. 8 pagi esok Chemistry class menunggu aku. Berundur buat seketika. Semoga detik,saat,jam,hari,minggu,bulan,tahunku kembali tenang supaya dapat bersama Blogspot ini selalu..
Ilalliqa'






Tuesday, March 10, 2009

kita tetap kita

abang,ajid,mah,apis,din,nazim,basit...

panggilan seakan nama diatas kerap kali diucapkan..

keakraban kami bertujuh tiada pemutus..

kesatuan kami bertujuh tiada pelerai..

dikecilkan didewasakan dibesarkan bersama..

dimainkan ditidurkan turut bersama..

29 28 27 25 22 19 18..

jarak umur sesekali mengiyakannya..

ditatang sehingga dewasa..

ditenung tatkala ingin dijaya..

mak dan bapak sentiasa tiap kali dimana-mana..

dikata kami bertujuh pembawa gembira..

tiap kali bersama gelak ketawa pasti ada..

terukir dibibir tua mak dan bapak walaupun sesinis senyuman..

tiadanya seorang bak tiada semuanya..

dijenguk masa cepat sungguh berlalu..

masih terbayang tidurnya kami sebilik bersama..

bermainnya kami dipadang bersama..

kini bersamanya kami tetap walaupun perlu berpisah..

seorang demi seorang berpisah membina keluarga..

kenangan kecil bersama tidak sesekali dilupakan..

potret didinding diabadikan selama lamanya..

sekalipun berpisahnya kami bertujuh

darah yang mengalir tetap tidak terpisah..

abang,ajid,mah,apis,din,nazim,basit..

sekalipun kita..kita tetap kita..





gembira tatkala bersama... mengimbau kenangan kecil bersama..