Showing posts with label nazim efendy. Show all posts
Showing posts with label nazim efendy. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Aku 21 tahun




Menangis, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan. Saatnya jatuh, aku menangis tidak keruan. Saatnya lapar, aku mengadu sekuatnya. Saatnya dimarah, aku bertindak tidak berfikiran. Sudah 21 tahun berlalu semuanya. Ibarat berlayar di rantau asing yang datangnya tidak mengerti sesuatu apa pun. Kini aku mampu berfikir dengan akal siapa aku sebenarnya yang dijadikan dari titisan air mani dan keluar dari rahim seorang
wanita. Aku bersyukur kerana dari saat jadinya aku di bumi ini, aku masih ditiup roh Islam sehingga aku genap 21 tahun. Aku senantiasa memikirkan tentang apa itu hidup? Kenapakah kehidupan aku selama 21 tahun tidak pernah diamabilNya dari aku? Adakah kehidupan aku ini sekadar untuk bergelar manusia dunia? Aku kini sudah menjangkau usia 21 tahun pada 3 Februari tahun masehi. Aku masih bergelar seorang lelaki milik Allah. 21 tahun aku dibumi Allah, cukupkah apa yg aku berikan kepadaNya seperti dia berikan aku selama ini? Aku perlu menangis memikirkan ini. Kerana aku tahu hanya secebis yang aku berikan kepadaNya. Kini tinggal masa merubah segalanya. Tinggal jati merubah dirinya. Tinggal akal merubah hatinya. Aku hanya mampu bertaut ditaliNya. Aku perlu berjanji berpaut padaNya. Kehidupan dunia sedikit sebanyak memberikan aku noktah kehidupan. Supaya aku tidak terus dibuai dunia yang fana ini. Hanya padaMu aku berlindung. Terima kasih Allah kerana menghidupkan aku selama 21 tahun di dalam IslamMu. 21 tahun itu cukup banyak untuk aku karyakan disini. Sambil telinga diusik alunan Lévon Minassian mata meniti untuk tertutup. 4:55am 5 Februari 2011. Ilalliqa'



Aku ketika berumur 3 tahun.


Bermain bersama adik seorang.

Wednesday, December 1, 2010

anak buah berbuah buah



Sekian lalu ku pandang nazempendy Quote Soul Creature.Blogspot ini bagai tiada orang yang memilikinya. Sekian lama aku menanti untuk berbicara akhirnya dapat diluangkan sedikit menatap laptop dan meniti keypad ini. Shukran Allah Walhamdulillah ada lagi masa yang diberi Nya demi aku yang entah apa dimataNya. Tetap dan terus disayangiNya. Kehidupan aku sekarang agak sibuk berbanding dahulu. Kini aku di tahun akhir. Penuh dengan kesibukan dan kepenatan. Apakan daya, ini jua untuk masa depanku. Bukan itu yg aku mahu sebenarnya di sini. Bercerita tentang keluargaku yang kian lama kian membesar. Kian lama kian luas. Kian lama kian mendalam. Kian lama kian bersatu. Tertarik dengan celoteh anak buahku yg kedua, Muhammad Uwais Qarny. Sungguh comel di mata. Riang di hati. Gembira bersama sama. Berusia sekitar 2 tahun dia adalah cucu sulung lelaki. Kenakalan memang tiada bandingan. Itu sahaja yang ingin diceritakan. Masa kian larut dilayan. 8 pagi esok Chemistry class menunggu aku. Berundur buat seketika. Semoga detik,saat,jam,hari,minggu,bulan,tahunku kembali tenang supaya dapat bersama Blogspot ini selalu..
Ilalliqa'






Tuesday, March 10, 2009

kita tetap kita

abang,ajid,mah,apis,din,nazim,basit...

panggilan seakan nama diatas kerap kali diucapkan..

keakraban kami bertujuh tiada pemutus..

kesatuan kami bertujuh tiada pelerai..

dikecilkan didewasakan dibesarkan bersama..

dimainkan ditidurkan turut bersama..

29 28 27 25 22 19 18..

jarak umur sesekali mengiyakannya..

ditatang sehingga dewasa..

ditenung tatkala ingin dijaya..

mak dan bapak sentiasa tiap kali dimana-mana..

dikata kami bertujuh pembawa gembira..

tiap kali bersama gelak ketawa pasti ada..

terukir dibibir tua mak dan bapak walaupun sesinis senyuman..

tiadanya seorang bak tiada semuanya..

dijenguk masa cepat sungguh berlalu..

masih terbayang tidurnya kami sebilik bersama..

bermainnya kami dipadang bersama..

kini bersamanya kami tetap walaupun perlu berpisah..

seorang demi seorang berpisah membina keluarga..

kenangan kecil bersama tidak sesekali dilupakan..

potret didinding diabadikan selama lamanya..

sekalipun berpisahnya kami bertujuh

darah yang mengalir tetap tidak terpisah..

abang,ajid,mah,apis,din,nazim,basit..

sekalipun kita..kita tetap kita..





gembira tatkala bersama... mengimbau kenangan kecil bersama..





Sunday, December 21, 2008

hidupnya nazim efendy


Sekian lama aku menunggu untuk memblogkan diriku akhirnya tercapai jua. Masa yang sibuk kini disenangkan.Aku berjaya di samping masa dunia.Nama diberi Muhammad Nazim Efendy ibnu Ariff. Bumi Allah ini telah menerima kehadiran bayi comel pada 3 Februari 1990 di Klinik Aishah Sungai Petani. Enam tahun melihat dunia aku ditadikakan di Tadika Abim Kepala Batas. Masih bergerak-gerak di benakku,ibuku dengan penuh tabah mengayuh basikal tua me'ngeri' aku dan adik ke tadika.Penat lelahnya disimpan tatkala ingin melihat anak-anaknya berjaya.U are supercalifragalisticaspeadoelocious mom!! Umur aku meniti 7 tahun selepas graduate sebagai 'tadikian', aku disekolahkan lagi di SK Hashim Awang selama 6 tahun. Ibu tetap ibu,bapa tetap bapa..aku dibekalkan nasik goreng,botol air sebelum ke sekolah oleh ibuku dan dihantar ke sekolah oleh bapaku..aku kini dewasa melangkau umur ke 13 tahun..Disekolahkan lagi di SMKA Al-Mashoor(L) Penang selama 5 tahun,aku kini kenal dunia itu indah..akhirat itu abadi.. Disimpan kata-kata itu di hujung hati, aku berani melangkah selangkah lagi ke alam kolej..aku kini di Allianze College of Medical Sciences tahun pertama pharmacy..Kehidupan yang 'cool n steady' membuatkan diriku sedikit lari dari diriku sebenar..Tetapi tatangan cinta kasih sayang Md Ariff Yusoff dan Mazenah Maidin sungguh kuat untuk dipatahkan. Aku kini dapat berjalan dewasa mencari cinta Allah di bumi sementara.. Setiap kali bertemu Yang Maha Esa hatiku,mulutku,tanganku,kakiku mengucapkan kata syukrallah..