disini
TOPENG..
disana
TOPENG..
disitu
TOPENG..
dikanan
TOPENG..
dikiri
TOPENG..
didepan
TOPENG..
dibelakang
TOPENG..
dipenjuru kanan
TOPENG..
dipenjuru kiri
TOPENG..
dipenjuru belakang kanan
TOPENG..
dipenjuru belakang kiri
TOPENG..
TOPENG...TOPENG...TOPENG...begitulah hebatnya kuasa Allah..
diturunkanNya hanya secikai virus yang bernama scientific H1N1 atau bernama kampung
selesema BABI!
semua makhluknya dirudung ketakutan..
dihantarnya diseluruh dunia..
termasuklah di kolej (ACMS) aku...
semua student tak kira bangsa,
tak kira agama,
mengambil langkah berjaga-jaga memakai
TOPENG!
selepas pemeriksaan doktor, didapati 5 orang student positif H1N1..selepas mengetahui berita yang agak sahih itu...keadaan kolej menjadi agak kelam kabut..
berlari kesana dan berlari kemari..
mendapatkan
TOPENG di office..keadaan diseluruh pelusuk kolej ibarat aku berada di planet pluto..
(semua orang memakai
TOPENG)
aku juga tidak melepaskan peluang memakai
TOPENG!
(sebab ada org ckp TOPENG baru sampai warna hijau..mesti lawa)
pada pukul jam menghampiri 5 petang..
(asyik Dato' Jam Jam sedang mengajarku dengan penuh tenaga sambil memakai
TOPENG)tiba-tiba....
pintu kelas diketuk dan dibuka oleh seorang staff management...
lalu terpacul keluar dari mulutnya....
"sila kosongkan bangunan kolej dengan segera..dan kepada semua student jgn lupa memakai
TOPENG.." (Dato' Jam Jam yg seketika td
TOPENGnya dipakai didagu terus menarik menutup hidung dan mulutnya)
dengan selambanya staff management td menampal notis yg berbunyi "
NOTIS PENUTUPAN KOLEJ BERKUTKUASA 29-4 OGOS 09 BERIKUTAN PENULARAN VIRUS H1N1"kelas secara tiba-tiba bising dengan suara students...
"yahoo cuti! , wuweeee best! , boleh balik! , takot aaa , tiket balik kampung x beli lagi , Dato' tunggu ape lagik?x reti nk kuar kelas ke? , "
itulah kata-kata yg sempat aku dengar..
aku pun bersama kawan-kawanku terus melangkah keluar dengan penuh berhati-hati tanpa dijangkiti virus yg jahat itu..
TOPENG tetap dimuka..ketika melintasi toilet lelaki berhadapan dengan S3..
aku terlihat mak cik cleaner mundar mandir sambil memegang baldi di tangan kanannya..
di mukanya juga terlihat
TOPENG.. aku pun seraya berkata...
"aii makcik, pakai
TOPENG gak eh?sebelum ni x penah tgk makcik pakai
TOPENG pon"
lantas makcik itu membalas..
"yolah...makcik pon x maw kena virus BABI tuh..makcik takot"
mendengar jawapan itu kawan-kawanku tergelak kecil..
selepas agak jauh berjalan sehingga S1..
melihat makcik tersebut pon sudah masuk dalam toilet..
line sudah clear~
maka, salah seorang kawanku berkata..
"makcik td time virus H1N1 baru nak pakai
TOPENG! yang dia cuci jamban lebih 10 kali sehari x pakai TOPENG apa cerita? ntah virus apala yg dia sedut hari hari.."mendengar kata-kata itu...
kami ketawa besar!
huahahahahahahahahahahha...
(sambil turun tangga.....)
secara tiba-tiba ketawa besar tadi makin lama makin kecil...
melihat makcik cleaner lagi seorang mundar mandir manaiki tangga sambil memegang mop!
mukanya agak garang sambil matanya merenung tajam kearah kami..
kami tahu makcik cleaner ini ialah kawan baik kepada makcik cleaner yg memakai
TOPENG td..
dalam fikiran kami.....
"mampoih la...satgi dia p habaq kat makcik td kami dok kutuk dia"
"abeh laaa...satgi dia baling mop kat kami"
dengan muka innocent sambil buat-buat sembang soal lain, kami turun tangga dengan selamatnya..
sampai di bawah kami berpaling muka melihat makcik tersebut di atas..
alangkah terkejutnya...
makcik tersebut masih memerhati kami...
ayoooo..apa lagi...teruih blahh!!
ketika di luar bangunan kolej aku dapati semua warga ACMS sedang mengosongkan kolej..
keadaan ketika petang 6.30 agak lengang...
aku mendapatkan kereta dan terus meluncur laju meninggalkan kolej..
(ketika didalam kereta aku dan sabahan tetap memakai
TOPENG)*kepada makcik-makcik cleaner yg disayangi kami menyusun sepuluh jari memohon maaf..
(jangan plak lepas ni nampak kami makcik2 baling mop kt kami nuhh..)
*kepada kawan-kawanku janganlah suka mengutuk orang..(ingat hampa baguih sgt ka?)
*kepada pengeluar-pengeluar TOPENG teruskan membuat TOPENG kerana pada saat-saat inilah anda akan mengaut keuntungan yg besar...

aku dan sabahan sangat prihatin tentang masalah global..cayalah!